Kisah Farisa hanya gadis biasa. Dia lahir dan membesar dalam keluarga yang serba sederhana tanpa lelaki bergelar bapa. Namun dia adalah watak di antara ribuan wanita yang tabah dalam meniti kehidupan. Sering diasak dengan pelbagai dugaan.
Bermula dengan pertemuannya dengan Daniel McCormick, pemuda peranakan Cina-Sweden yang banyak menyimpan rahsia. Farisa mula mengenali perbezaan darjat dan kepercayaan.
Namun perbezaan itu tidak menghalangnya untuk bersahabat baik dengan Daniel. Keintiman persahabatan mereka sering diuji dan disalahertikan namun mereka tetap teguh dengan pendirian masing-masing. Apatah lagi dengan kehadiran si kecil yang bernama Samantha, persahabatan mereka bagai tidak boleh dipisahkan.
Daniel banyak membantu Farisa dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau. Begitulah sebaliknya, Farisa banyak mengajar Daniel erti sebenar kemaafan serta kasih-sayang lantas membawa Daniel untuk mengenal Islam.Tanpa mereka sedari, waktu yang beredar telah membibitkan persaan cinta dan saling sayang menyayangi antara mereka berdua.
Kemunculan Rafiq yang ingin merebut cinta lama serta tentangan hebat daripada keluarga Daniel dan juga ibunya sendiri sedikit-sebanyak menggugat keyakinan Farisa. Ditambah pula dengan kesihatan Farisa yang tidak mengizinkan, perhubungannya dengan Daniel bagai mencarik luka di hati. Ajal dirasakan terlalu dekat dengannya.
Hanya Samantha yang dapat menghiburkan dan mengembalikan garis-garis senyum di bibir Farisa. Samantha bagai jauhari hati yang mampu meniupkan semangat ke dalam diri Farisa. Namun sampai bila dia dapat berdampingan dengan Samantha, Farisa tidak pasti. Akan kekalkah cinta dan sayang Daniel setiap kali diuji, juga tidak ada kepastian untuk Farisa. Hanya waktu yang beredar bisa menentukan segala-galanya.
COPYWRIGHT
Andai jalan kita berbeza, namun mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama
No comments:
Post a Comment