Assalamua'laikum kawan-kawan,
Kali ni aku nak perkenalkan novel pertama aku yang bertajuk Kerana Dikau, terbitan Alaf 21. Sebab ramai yang bertanya, aku rasa elok juga aku post kat sini walopun novel tu dah lama tak keluar..kalau ada pun dijual masa Pesta Buku je...Novel tu tak tebal...cuma 229 mukasurat je..mula-mula keluar harganya RM10.00...Cetakan pertama buku ni ialah pada tahun 2002..dan akhir sekali cetakan kelima pada tahun 2005...tak sure lah sama ada Alaf 21 masih ada stok untuk buku ni....
Sinopsis buku :
Mengisahkan tentang Dahlia, watak seorang gadis kampung yang tertarik hati dengan anak Datuk Wan Zahari, orang kaya Kampung Molek. Dahlia mula tertarik hati pada pemuda yang bernama Wan Zulkhairi itu dan sering memujanya dari jauh. Latarbelakang Dahlia yang jauh berbeza berbanding Wan Zulkhairi tidak memungkinkan dia untuk mendekati pemuda itu.
Namun kisah silam antara Wan Zahari dengan bapa Dahlia yang sudah buta menjadi penyebab perkahwinan antara Dahlia dan Wan Zulhairi terjadi.
Perkahwinan dua darjat. Mungkinkah Dahlia bahagia?
kalau nak buku ni lagi macam maner?
ReplyDelete